Friday, August 26, 2011

Salam Aidil Fitri

Salam,



Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir & Batin. InsyaAllah umat Islam di Malaysia akan menyambut hari raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa pada 30 Ogos 2011 (Selasa) bersamaan 1 Syawal 1432 H.

Sejak zaman semakin canggih ni dengan adanya handphone, internet, mukabuku (facebook), dan sebagainya kita telah semakin kehilangan satu tradisi yang kita lakukan waktu dahulu iaitu KAD RAYA. Bukan kad raya yang elektronik punya, ni yang kad raya kena pos punya. Walaupun masih ada yang mempertahankan tradisi penghantaran kad raya ni namun jumlahnya semakin mengecil. Dulu ada yang dapat kad raya lepas dah raya sebab banyak sangat. sampai Posmen pun tak larat nak hantar kat kita.

Memang best sangat la bila dapat kad raya daripada kawan-kawan dan juga admire kita. Untuk yang special kita akan bagi kad yang agak mahal, besar dan siap dengan bunyi lagu raya lagi. Masa nak tulis tu kena tutup sikit supaya lagu dalam kad raya tu tak bunyi. hihihihi....

Tapi sekarang semua kenangan tu dah berlalu. Walaupun masih lagi dapat kad raya daripada bos-bos tapi tiada lagi kata-kata yang ditulis di dalam kad raya tu. Cuma ada tandatangan jer.....

Hopefully suatu hari nanti tradisi ini kembali dihayati oleh generasi muda kita.

Oklah semoga Ramadhan kali ini dapat dijalani dengan penuh ketakwaan agar diri kita akan sentiasa mendapat lindungan payung rahmat daripada Allah dan meninggikan tahap keimanan dalam diri kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.....MAAF ZAHIR DAN BATIN

Salam Aidilfitri........

Wednesday, August 10, 2011

Duit Kecik



Aku percaya dan yakin semua pernah melalui pengalaman bila membeli barang yang harganya RM4.50 atau nilainya rendah kat mana2 pastu time nak bayar korang hulur not RM50.

Tokey kedai pun tanya balik "Duit kecik tak ada ker?"

Korang pun akan belek2 balik dompet korang yang telah diketahui memang tak der duit kecik (atau korang memang sengaja nak tukar duit).

Tapi sengaja nak tukar duit bukan isunya. Isunya di sini ialah sebagai pemilik kedai, seharusnya telah tahu bahawa akan berlaku perkara2 sebegini (pelanggan tak ada duit kecik). So tokey kedai tu kenalah buat persediaan secukupnya, tengok apa yang kurang dan apa yang tidak ada. Kalau kurang stok, tambah lagi stok. Kalau tak der duit kecik pi la tukaq kat bank.

Aku kadang2 naik menyampah dengan keadaan ni. Terpaksalah tunggu dia pi tukar dulu dan sebagainya la. So moral of the story, lebih baik korang sediakan duit secukupnya yakni duit kecik kalo beli barang harga hinggit2 tu.

Adiosss...kebaabooommmmmmmm!


Kuku Tercabut!

Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak yang juga pemain bola sepak kebangsaan bawah 12 tahun, cedera empat jari tangan kiri, termasuk kuku pada jari manis tercabut selepas percubaan menghasilkan mercun dengan mencampurkan ramuan belerang dan karbaid ke dalam ‘starter’ (penghidup) lampu sebelum dinyalakan menggunakan sumbu, tiba-tiba meletup, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Mohd Nazirul Hasif Mailang, 12, dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, oleh bapanya, Mailang Sari, 38, untuk dirawat.

Bagaimanapun, Mohd Nazirul yang baru pulang dari Jepun, 27 Julai lalu selepas menyertai satu pertandingan, dibenarkan pulang ke rumah, semalam.

Menurutntya, sebelum kejadian, dia membeli mercun bola dan mengambil belerangnya untuk dicampur dengan karbaid dalam penghidup lampu kalimantang bagi menghasilkan mercun yang diletup menggunakan sumbu. “Sebelum ini, sudah tiga kali saya menghasilkan mercun itu dan berjaya, tetapi percubaan kali keempat tidak berjaya. Ketika mencucuh sumbu mercun itu, ia tiba-tiba meletup dan serpihannya terkena pada jari tangan kiri serta lengan.

“Ayah menghantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan. Saya kemudian dirujuk ke HRPZ II, kira-kira jam 11 pagi, hari ini (semalam),” katanya yang mengakui serik.

Sementara itu, Mailang berkata, dia tidak menyedari anak sulungnya itu membuat mercun dan hanya mengetahuinya apabila terdengar letupan kuat di luar rumah.

Kes itu menjadikan Kelantan mencatat tiga kes kecederaan akibat bermain mercun dalam tempoh tidak sampai seminggu.

Khamis lalu, seorang remaja, Nasrudin Mohd Nazli, 19, hilang tiga jari tangan kirinya dan cedera di muka selepas mercun bola yang dinyalakan ketika membonceng motosikal meletup di tangan sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat sini.

Ahad lalu pula, pelajar tingkatan tiga, Nik Nurshazreen Nik Dzulhaimi, 15, putus saluran darah pergelangan tangan kiri akibat terkena serpihan mercun di Taman Anggerik, Kok Lanas.


* Siapa kata budak-budak Malaysia tak kreatif? Depa ni boleh diserapkan dalam tentera di Unit Membuat Bom. dapat jimatkan duit kerajaan beli bom dari luar.



Wednesday, August 3, 2011

Kenangan Puasa

aiyooookkk.... lama sudah tak post something dalam blog ni. Ntah apa yang sibuknya tak tau la...hahaha... Tak terlewat (dah hari ketiga) diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak, bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga kita semua mendapat keberkatannya dan diberikan kesihatan yang baik serta umur panjang agar dapat menghabiskan bulan Ramadhan ini....Amin.

Bila masuk bulan puasa ni teringat la waktu berpuasa kat kampung dulu. memang best sangat sebab time ni la dapat makan yang sedap-sedap. Bulan-bulan lain bukan makanan tak sedap tapi bila bulan puasa banyak lak makanan yang jarang kita jumpa. contoh nasi ulam, kuih badak berendam, dan lain-lain. Dan mungkin keberkatan bulan puasa juga membuatkan makanan yang kita makan lebih enak dan sedap daripada biasa. Tapi mungkin juga sebab dah lapar....hahaha....

Bulan puasa ni juga la yang ditunggu-tunggu waktu kecik-kecik dulu sebab ada permainan yang mengasyikan. Apalagi main mercun  dan bunga api la. woooo...best sangat. Pas abis waktu sekolah pi kedai cari mercun, takpun pi tikam mercun. hahaha.... Habis buka puasa jer, aku dan sepupu-sepupu aku terus ambik mercun gi main kat laman rumah. Siap main perang-perang lagi. Tapi takder yang ganas-ganas punya. setakat baling mercun papan jer.

hhmmmmm.....rindunya nak balik time tu. Rindu masakan arwah mak, main ngan sepupu sepapat kawan-kawan. Tapi aku tahu masa tersebut dah pun jadi sejarah pada aku. Yang ada cuma dalam kepala otak aku jer untuk dibuat kenangan...... Selamat Menyambut Ramadhan sekali lagi.

adios....kebabooommmm!!!!

Wednesday, April 27, 2011

Buah Berri Hitam

Aku percaya telefon yang digelar SMART PHOHE ni dah ramai rakyat Malaysia yang guna. Malah budak-budak sekolah pun ramai ada. Ish...ish...banyak betul duit mak ayah depa ni kan. Banyak kelebihan benda ni. Boleh layan FB masa kat office sebab kat office aku FB diblock bagi mengelakkan terjadinya gangguan kerja.

Teringin gak aku nak guna BB ni tapi buat masa sekarang tak penting sangat pun bagi aku. Lagi satu aku ni kurang sikit kalau HP, opppssss SMART PHONE (SP) yang canggih-canggih ni. kui...kui...kuii... Wat malu kek bebudak skolah yor....

Tapi niat dihati satu hari nanti aku akan guna gak SP ni. Bila? hahaha....maybe this year or next year.... Jeng...Jeng...Jeng...

p/s : Saja merapu sikit untuk post ni.

Wednesday, March 23, 2011

Kursus Team Building Untuk Yang Bermasalah?

Hari ni (23 Mac 2011) aku telah selesai Kursus Training of Trainers (TOT). Sememangnya kursus ini amat menarik untuk diikuti dan telah meningkatkan tahap keyakinan untuk bercakap di hadapan audiens. Terima kasih kepada penceramah dari NIOSH iaitu Puan Suhaila Abdul Hamid yang telah menyampaikan / berkongsi pengetahuan beliau dalam bidang latihan.

Pada 21 Mac 2011 yang lepas aku telah menerima pemakluman awal melalui emel yang menyatakan aku dijemput untuk mengikuti Kursus Team Building pulak pada 28 - 30 Mac 2011 di Eagle Ranch Resort, PD. Namun begitu, apa yang tidak sedap didengar daripada BLP bahawa pihak yang terlibat dalam meluluskan kursus tersebut memberikan kelulusan dengan syarat. Syaratnya peserta yang terlibat mestilah anggota yang bermasalah dan berprestasi rendah.

So, adakah Kursus Team Building hanya untuk golongan yang bermasalah? Betul ke? Ish...ish...jadi anggota yang baik, tekun dan semua yang cemerlang tu tak perlu lah pi Kursus Team Building kan kalau menurut maksud daripada pihak tersebut. Hmmm.... apa cerrr ni yer.

Friday, March 18, 2011

Sukan Antara Zon 2011

Dah lama tak posting dalam blog ni. Nak cerita apa erk? sebenarnya ada banyak benda yang nak dipost. Cerita pasal kampung, Sukan Antara Zon, pergi ladang anggur kat Kedah, pasal kursus pun ada dan macam-macam lagi la. So aku ambil keputusan untuk posting pasal......... Sukan Antara Zon  (SAZ) Jabatan Perangkaan Malaysia 2011.

Dalam SAZ ni aku telah dilantik untuk menjadi pengurus pasukan badminton dan ini adalah kali kedua aku jadi pengurus badminton. Yang pertama semasa Pertandingan Badminton Jabatan Perdana Menteri pada Disember 2010 tapi terkandas pada peringkat suku akhir. Time tu memang aku agak bengang dengan beberapa orang player yang masuk campur dalam soal pemilihan pemain dan tak respect pandangan aku. So kali ni aku dah tekad untuk tidak mendengar sangat apa yang diorang nak. So pada peringkat kumpulan kami (Zon Ibu Pejabat) telah diundi bertemu dengan Zon Tengah dan Zon Timur. Perlawanan pertama kami menang dengan Zon Tengah dengan kiraan 4-1 dan dengan Zon Timur kami menang 5-0. Dengan kedua-dua kemenangan tersebut telah melayakkan kami ke perlawanan akhir sebab format yang penganjur buat juara bagi setiap kumpulan terus layak ke peringkat akhir. Pada perlawanan akhir kami bertemu dengan Zon Utara.

Pada perlawanan akhir ni la terjadinya konflik dan menguji aku sebagai seorang pengurus pasukan. Bukan apa semasa aku letak seorang pemain untuk bermain acara perseorangan, beliau tidak mahu bermain disebabkan alasan kurang kecergasan. Tak tahu lah betul ke tidak sebab bagi aku beliau seorang pemain yang baik dan aku serta seluruh pasukan tidak meletakkan harapan untuk menang dalam perlawanan akhir ni. Jadi aku minta untuk tukar pemain tapi penganjur tak nak terima pertukaran tersebut sebab dah register dalam borang. Akhirnya aku bagitau takpelah kitaorang bagi kemenangan percuma pada pihak lawan untuk acara perseorangan. Tapi sekurang-kurangnya lawan tetap lawan. Bagi aku menang atau kalah bukan persoalan yang penting semangat kesukanan yang perlu diterapkan. So setelah berhempas pulas dan memberikan tentangan yang sengit kepada pihak lawan akhirnya kami kecundang pada perlawanan akhir tersebut dengan kiraan 4-1.

Walaupun tewas, aku puas hati dengan setiap pemain yang telah menunjukkan semangat yang tinggi dalam SAZ ini. Dan hasilnya Zon Ibu Pejabat juga telah dinobatkan menjadi Juara Keseluruhan SAZ 2011. Tahniah kepada semua yang menjayakan SAZ ini. Kat sini aku paparkan beberapa gambar kenangan untuk SAZ 2011 yang diadakan di Seremban pada 4 - 6 Mac 2011.


Pada hari pembukaan SAZ 2011 di Kompleks Sukan Paroi. Belakang dari kiri: Arfikeen, Nurhaliza, aku. Depan: Anuar, Arbain. 


Aku (baju hitam) berpasangan dengan Arbain lawan Zon Timur.

Bersama partner beregu dengan pingat yang dimenangi.


Aku, Abang Saifulhadi (kiri) dan William Chin (tengah) bersama dengan piala Juara Keseluruhan.


Sebahagian pemain badminton. Dari kiri aku, Arbain, Ridwan dan Nurhaliza. Yang lain dah balik dan entah ke mana.


Bersama dengan zon negeri masing-masing. Yang kanan tu orang Perak.


Thursday, January 13, 2011

Melancong ke Cameron Highlands

Setelah berpenat lelah dengan kerja-kerja di pejabat pada tahun 2010, maka aku telah mengambil kesempatan untuk bercuti bersama isteri aku pada awal tahun 2011. Nak ke mana erk? Fikir punya fikir isteri aku mencadangkan kami bercuti ke Cameron Highlands sebab dia belum pernah pergi katanya. Setelah semua perancangan dilakukan dengan tempahan hotel dan sebagainya maka kami pun bertolak ke sana pada pukul 11 pagi, 8 Januari 2011 (Sabtu) dengan kereta kecik aku tu (Viva).

Mula-mula tu risau gak sebab sekarang musim hujan, pastu nak naik kat atas tu dengan jalan yang bengkang bengkok lagi, sebelah kiri gaung, sebelah kanan bukit. So dipendekkan cerita aku redah jela. Dari Putrajaya aku naik ikut Tapah sebab dekat sikit dari Simpang Pulai walaupun jalan dia kecik sikit. Takpe sebab aku bukan drift punya driver, so bawa pelan-pelan InsyaAllah selamat. Alhamdulillah sepanjang percutian tersebut cuaca adalah baik walaupun mendung tapi hujan tak turun.


Lepas check in kat Hotel Titiwangsa (Brinchang) kami pun memulakan cuti-cuti Malaysia dengan tempat pertama kami singgah ialah di Cameron Bharat Plantation. Pastu singgah ladang strawberi, makan strawberi coklat. Hari kedua (9 Jan 2011) pergi ke Taman Rama-Rama, Ladang Tomato, Rose Valley, Cactus Point, Boh Plantation Estate dan kawasan Tanah Rata. Last day (10 Jan 2011) baru pi petik strawberi kat EQ Strawberry Farm, singgah jap kat Cameron Bharat Plantation sebelum meneruskan perjalanan pulang. So takyah citer panjang-panjang, kat sini aku sertakan gambar-gambar semasa kat Cameron. layannnnn!!!!!



HARI PERTAMA - 8 JANUARI 2011 (SABTU)  -(tak banyak ambil gambar sebab kamera habis bateri)






    
  

Pastu jalan-jalan ke tempat lain, dah penat balik hotel untuk makan malam. Nyummm...nyummmm....



Erm...kat Cameron ni banyak restoran yang buat
hidangan steambot termasuklah hotel aku duduk ni.

Secara asasnya aku bagi 2.5 dari 5 bintang kat hotel yang aku duduk ni. Kira ok la tu walaupun tak memenuhi berapa expectation daripada aku sebelum datang ke sini terutamanya tandas dan channel tv yang disediakan, memang tak puas hati!



Wednesday, January 5, 2011

Harapan Tahun Baru (2011)

Salam,

Sedar tak sedar dah masuk tahun 2011. Maknanya tahun ni umur aku dah 3 dekad. Terasa macam baru jer lepas meninggalkan alam persekolahan. Ermmm...apa harapan aku yer untuk tahun baru ni? Seperti biasa aku tak pernah buat azam untuk tahun baru. Apa yang aku rasa nak buat, aku buat. tak payah nak tunggu tahun2 baru ni. Tapi tahun ni aku akan cuba melakukan yang terbaik untuk diri aku, isteri aku, family aku, jabatan aku, dan sebagainya yang terbaik lah. Semoga segala usaha aku sentiasa mendapat rahmat dan diberkati Allah. amin. Berenti merokok? erkk....mungkin ya, mungkin TIDAK. hahaha....

adioss.....

Sekadar Mencuba

Salam kepada semua,

Walaupun aku ni takde la teror sangat bab2 ICT ni namun keinginan untuk mencuba tetap ada dalam hati. so, bila dok fikir-fikir lebih baik aku try buka blog. saja untuk share something dengan kawan2 dan dalam masa yang sama boleh mengasah bakat menulis yang terpendam ini (bukan expert sangat pun. dulu cikgu pernah komplen karangan aku yang tak berapa cukup isi dan mukasurat). selamba jer dia kata "kalau macam ni punya karangan tok sah mimpi nak dapat A dlm SPM, B pun payah....aduhhhh....tapi akhirnya aku dapat A jgk walaupun bukan A1. hahaha....tq cikgu (lupa nama). so pada yang nak komen apa2 tu dipersilakan dengan harapan aku boleh mantapkan lagi penulisan aku. chow...

adios.