Thursday, January 13, 2011

Melancong ke Cameron Highlands

Setelah berpenat lelah dengan kerja-kerja di pejabat pada tahun 2010, maka aku telah mengambil kesempatan untuk bercuti bersama isteri aku pada awal tahun 2011. Nak ke mana erk? Fikir punya fikir isteri aku mencadangkan kami bercuti ke Cameron Highlands sebab dia belum pernah pergi katanya. Setelah semua perancangan dilakukan dengan tempahan hotel dan sebagainya maka kami pun bertolak ke sana pada pukul 11 pagi, 8 Januari 2011 (Sabtu) dengan kereta kecik aku tu (Viva).

Mula-mula tu risau gak sebab sekarang musim hujan, pastu nak naik kat atas tu dengan jalan yang bengkang bengkok lagi, sebelah kiri gaung, sebelah kanan bukit. So dipendekkan cerita aku redah jela. Dari Putrajaya aku naik ikut Tapah sebab dekat sikit dari Simpang Pulai walaupun jalan dia kecik sikit. Takpe sebab aku bukan drift punya driver, so bawa pelan-pelan InsyaAllah selamat. Alhamdulillah sepanjang percutian tersebut cuaca adalah baik walaupun mendung tapi hujan tak turun.


Lepas check in kat Hotel Titiwangsa (Brinchang) kami pun memulakan cuti-cuti Malaysia dengan tempat pertama kami singgah ialah di Cameron Bharat Plantation. Pastu singgah ladang strawberi, makan strawberi coklat. Hari kedua (9 Jan 2011) pergi ke Taman Rama-Rama, Ladang Tomato, Rose Valley, Cactus Point, Boh Plantation Estate dan kawasan Tanah Rata. Last day (10 Jan 2011) baru pi petik strawberi kat EQ Strawberry Farm, singgah jap kat Cameron Bharat Plantation sebelum meneruskan perjalanan pulang. So takyah citer panjang-panjang, kat sini aku sertakan gambar-gambar semasa kat Cameron. layannnnn!!!!!



HARI PERTAMA - 8 JANUARI 2011 (SABTU)  -(tak banyak ambil gambar sebab kamera habis bateri)






    
  

Pastu jalan-jalan ke tempat lain, dah penat balik hotel untuk makan malam. Nyummm...nyummmm....



Erm...kat Cameron ni banyak restoran yang buat
hidangan steambot termasuklah hotel aku duduk ni.

Secara asasnya aku bagi 2.5 dari 5 bintang kat hotel yang aku duduk ni. Kira ok la tu walaupun tak memenuhi berapa expectation daripada aku sebelum datang ke sini terutamanya tandas dan channel tv yang disediakan, memang tak puas hati!





HARI KEDUA - 9 JANUARI 2011 (AHAD) - Lepas sarapan, lebih kurang pukul 9.30 pagi kami memulakan round-round the world. Tempat pertama yang kami singgah ialah di Taman Rama-Rama.
  
Nak masuk taman. Tiket berharga RM5.00 seorang.



Ooo...kat sini rupanya kau yer!




Ewah suka hati jer lepak kat baju aku.



Kalau terjatuh, habisla topi aku tu...hahaha.


Besarnya bunga kebangsaan kita!


Untuk perhatian, aku tak tulis nama kat pokok tu yer!















Next place adalah di Rose Valley....Layannnnzzzz.....


Di depan pintu masuk. Tiket RM4.00 seorang.


Aku dikelilingi bunga...


Aku dan mem aku.


Macam Mickey Mouse tak?


"Yang, muat tak bawa masuk bunga ni dalam keta kita"

Hai burung hekmat, bawa aku terbang ke London...pom-pom ala kapom!
Ladang Tomato.....

Rasa nak makan terus jer tomato ni!


Banyaknya buah.....















Boh Tea Plantation






 EQ Strawberry Farm




 Lain-lain.....





Dan last sekali setelah berjaya melaksanakan percutian ini.....



Yeahhhh!!!! akhirnya.


3 comments:

ITA ZALITA said...

wahh..ni betul2 bercuti..honeymoon kali ke brape nih?hehe

Diana AR said...

wah sipul pun dah ade blog..bagus bagus

ketikketok said...

Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.