Friday, August 26, 2011

Salam Aidil Fitri

Salam,



Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir & Batin. InsyaAllah umat Islam di Malaysia akan menyambut hari raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa pada 30 Ogos 2011 (Selasa) bersamaan 1 Syawal 1432 H.

Sejak zaman semakin canggih ni dengan adanya handphone, internet, mukabuku (facebook), dan sebagainya kita telah semakin kehilangan satu tradisi yang kita lakukan waktu dahulu iaitu KAD RAYA. Bukan kad raya yang elektronik punya, ni yang kad raya kena pos punya. Walaupun masih ada yang mempertahankan tradisi penghantaran kad raya ni namun jumlahnya semakin mengecil. Dulu ada yang dapat kad raya lepas dah raya sebab banyak sangat. sampai Posmen pun tak larat nak hantar kat kita.

Memang best sangat la bila dapat kad raya daripada kawan-kawan dan juga admire kita. Untuk yang special kita akan bagi kad yang agak mahal, besar dan siap dengan bunyi lagu raya lagi. Masa nak tulis tu kena tutup sikit supaya lagu dalam kad raya tu tak bunyi. hihihihi....

Tapi sekarang semua kenangan tu dah berlalu. Walaupun masih lagi dapat kad raya daripada bos-bos tapi tiada lagi kata-kata yang ditulis di dalam kad raya tu. Cuma ada tandatangan jer.....

Hopefully suatu hari nanti tradisi ini kembali dihayati oleh generasi muda kita.

Oklah semoga Ramadhan kali ini dapat dijalani dengan penuh ketakwaan agar diri kita akan sentiasa mendapat lindungan payung rahmat daripada Allah dan meninggikan tahap keimanan dalam diri kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.....MAAF ZAHIR DAN BATIN

Salam Aidilfitri........

Wednesday, August 10, 2011

Duit Kecik



Aku percaya dan yakin semua pernah melalui pengalaman bila membeli barang yang harganya RM4.50 atau nilainya rendah kat mana2 pastu time nak bayar korang hulur not RM50.

Tokey kedai pun tanya balik "Duit kecik tak ada ker?"

Korang pun akan belek2 balik dompet korang yang telah diketahui memang tak der duit kecik (atau korang memang sengaja nak tukar duit).

Tapi sengaja nak tukar duit bukan isunya. Isunya di sini ialah sebagai pemilik kedai, seharusnya telah tahu bahawa akan berlaku perkara2 sebegini (pelanggan tak ada duit kecik). So tokey kedai tu kenalah buat persediaan secukupnya, tengok apa yang kurang dan apa yang tidak ada. Kalau kurang stok, tambah lagi stok. Kalau tak der duit kecik pi la tukaq kat bank.

Aku kadang2 naik menyampah dengan keadaan ni. Terpaksalah tunggu dia pi tukar dulu dan sebagainya la. So moral of the story, lebih baik korang sediakan duit secukupnya yakni duit kecik kalo beli barang harga hinggit2 tu.

Adiosss...kebaabooommmmmmmm!


Kuku Tercabut!

Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak yang juga pemain bola sepak kebangsaan bawah 12 tahun, cedera empat jari tangan kiri, termasuk kuku pada jari manis tercabut selepas percubaan menghasilkan mercun dengan mencampurkan ramuan belerang dan karbaid ke dalam ‘starter’ (penghidup) lampu sebelum dinyalakan menggunakan sumbu, tiba-tiba meletup, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Mohd Nazirul Hasif Mailang, 12, dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, oleh bapanya, Mailang Sari, 38, untuk dirawat.

Bagaimanapun, Mohd Nazirul yang baru pulang dari Jepun, 27 Julai lalu selepas menyertai satu pertandingan, dibenarkan pulang ke rumah, semalam.

Menurutntya, sebelum kejadian, dia membeli mercun bola dan mengambil belerangnya untuk dicampur dengan karbaid dalam penghidup lampu kalimantang bagi menghasilkan mercun yang diletup menggunakan sumbu. “Sebelum ini, sudah tiga kali saya menghasilkan mercun itu dan berjaya, tetapi percubaan kali keempat tidak berjaya. Ketika mencucuh sumbu mercun itu, ia tiba-tiba meletup dan serpihannya terkena pada jari tangan kiri serta lengan.

“Ayah menghantar ke Hospital Tumpat untuk rawatan. Saya kemudian dirujuk ke HRPZ II, kira-kira jam 11 pagi, hari ini (semalam),” katanya yang mengakui serik.

Sementara itu, Mailang berkata, dia tidak menyedari anak sulungnya itu membuat mercun dan hanya mengetahuinya apabila terdengar letupan kuat di luar rumah.

Kes itu menjadikan Kelantan mencatat tiga kes kecederaan akibat bermain mercun dalam tempoh tidak sampai seminggu.

Khamis lalu, seorang remaja, Nasrudin Mohd Nazli, 19, hilang tiga jari tangan kirinya dan cedera di muka selepas mercun bola yang dinyalakan ketika membonceng motosikal meletup di tangan sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat sini.

Ahad lalu pula, pelajar tingkatan tiga, Nik Nurshazreen Nik Dzulhaimi, 15, putus saluran darah pergelangan tangan kiri akibat terkena serpihan mercun di Taman Anggerik, Kok Lanas.


* Siapa kata budak-budak Malaysia tak kreatif? Depa ni boleh diserapkan dalam tentera di Unit Membuat Bom. dapat jimatkan duit kerajaan beli bom dari luar.



Wednesday, August 3, 2011

Kenangan Puasa

aiyooookkk.... lama sudah tak post something dalam blog ni. Ntah apa yang sibuknya tak tau la...hahaha... Tak terlewat (dah hari ketiga) diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak, bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga kita semua mendapat keberkatannya dan diberikan kesihatan yang baik serta umur panjang agar dapat menghabiskan bulan Ramadhan ini....Amin.

Bila masuk bulan puasa ni teringat la waktu berpuasa kat kampung dulu. memang best sangat sebab time ni la dapat makan yang sedap-sedap. Bulan-bulan lain bukan makanan tak sedap tapi bila bulan puasa banyak lak makanan yang jarang kita jumpa. contoh nasi ulam, kuih badak berendam, dan lain-lain. Dan mungkin keberkatan bulan puasa juga membuatkan makanan yang kita makan lebih enak dan sedap daripada biasa. Tapi mungkin juga sebab dah lapar....hahaha....

Bulan puasa ni juga la yang ditunggu-tunggu waktu kecik-kecik dulu sebab ada permainan yang mengasyikan. Apalagi main mercun  dan bunga api la. woooo...best sangat. Pas abis waktu sekolah pi kedai cari mercun, takpun pi tikam mercun. hahaha.... Habis buka puasa jer, aku dan sepupu-sepupu aku terus ambik mercun gi main kat laman rumah. Siap main perang-perang lagi. Tapi takder yang ganas-ganas punya. setakat baling mercun papan jer.

hhmmmmm.....rindunya nak balik time tu. Rindu masakan arwah mak, main ngan sepupu sepapat kawan-kawan. Tapi aku tahu masa tersebut dah pun jadi sejarah pada aku. Yang ada cuma dalam kepala otak aku jer untuk dibuat kenangan...... Selamat Menyambut Ramadhan sekali lagi.

adios....kebabooommmm!!!!