Thursday, April 12, 2012

EPSA oh EPSA!

Salam,

Perghhh....lama betul tak tgk blog aku ni. Sebenarnya aku baru habis kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) kat INTAN Bukit Kiara selama 6 bulan. So 30 Mac 2012 baru habis kursus ni. So untuk permulaan tahun ni releks dulu cerita pasal DPA. Ada banyak masa nanti baru aku akan ceritakan mengenai kursus DPA.

Sebenarnya tengah bengang pasal EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam). Salah satu nak lulus modul dalam DPA iaitu Modul Pengukuhan Bahasa (Bahasa Inggeris) kena buat EPSA. So tarikh last siapkan EPSA ni adalah pada 13 April 2012 (esok jer...huhuhu), kalau tak kena ulang modul tu. Tak nak lah aku mengulang sebab pasal EPSA ni. Yang problemnya punya masalah (tu dia punya bahasa) pasal EPSA ni asyik Internal Server Error.... dari minggu lepas lagi. boleh buat sikit, pastu problem. Tak boleh buka. Adoiyaiiii!!!! bila boleh siap ni????

Rasanya banyak lagi kawan2 satu DPA ngan aku mengalami nasib yang serupa. Camna la nasib kami kalau tak sempat siapkan pada esok hari. Mungkin kena kembali ke INTAN untuk mengulang Modul BI ni atau ada timbang rasa daripada pihak berkenaan. Kami telah cuba buat dari awal tapi kalau dah melibatkan masalah teknologi, apakan daya. Apa2 pun aku akan cuba siapkan pada tarikh yang ditetapkan jugak. InsyaAllah....


Sekian. Adios kepampossss....