Wednesday, March 23, 2011

Kursus Team Building Untuk Yang Bermasalah?

Hari ni (23 Mac 2011) aku telah selesai Kursus Training of Trainers (TOT). Sememangnya kursus ini amat menarik untuk diikuti dan telah meningkatkan tahap keyakinan untuk bercakap di hadapan audiens. Terima kasih kepada penceramah dari NIOSH iaitu Puan Suhaila Abdul Hamid yang telah menyampaikan / berkongsi pengetahuan beliau dalam bidang latihan.

Pada 21 Mac 2011 yang lepas aku telah menerima pemakluman awal melalui emel yang menyatakan aku dijemput untuk mengikuti Kursus Team Building pulak pada 28 - 30 Mac 2011 di Eagle Ranch Resort, PD. Namun begitu, apa yang tidak sedap didengar daripada BLP bahawa pihak yang terlibat dalam meluluskan kursus tersebut memberikan kelulusan dengan syarat. Syaratnya peserta yang terlibat mestilah anggota yang bermasalah dan berprestasi rendah.

So, adakah Kursus Team Building hanya untuk golongan yang bermasalah? Betul ke? Ish...ish...jadi anggota yang baik, tekun dan semua yang cemerlang tu tak perlu lah pi Kursus Team Building kan kalau menurut maksud daripada pihak tersebut. Hmmm.... apa cerrr ni yer.

2 comments:

adiratno said...

Itu hanya propa pihak-pihak berkenaan. Kita juga buat team building untuk PAP dan PRA semua sekali terlibat... just enjoy je...

sipulizan said...

tu la, saya rasa pun mcm tu gak. Team building ni bagus untuk kita lebih mengenali sebagai satu pasukan.